| Piagam Pelanggan |
|
|
| Written by Web Administrator |
|
Kami warga SMK Chanis bertekad memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami dan menangani segala aduan dengan mesra, cepat, tepat dan berkualiti. Kepada Pelajar Memberikan pendidikan yang berkualiti, menyediakan prasarana yang ceria dan kondusif, mengadakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang terkini, membekalkan tenaga pendidik yang berkemahiran tinggi dan memberi peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka ke tahap optimum agar mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang pendidikan. Kepada Staf Menyediakan kemudahan terbaik bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran, memberi peluang penambahan ilmu yang adil dan saksama bagi kemajuan diri dan menyediakan suasana kerja yang harmonis dan menyeronokkan. Kepada Ibu bapa Melahirkan insan yang berbudi pekerti mulia, taat pada ibu bapa, sedia berbakti dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Kepada Masyarakat dan Negara Menyediakan bakal tenaga kerja yang berketrampilan dan bermoral tinggi bagi memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat dan negara. |
| Last Updated on Sunday, 07 March 2010 17:05 |
Jam Dinding
| Muadzam Shah, Pahang D.M |
Piagam Pelanggan

