| SMKC Terima Tetamu |
| Written by Web Administrator |
| Saturday, 06 March 2010 15:00 |
|
Bagi meraikan rombongan, mereka dihidangkan dengan juadah jamuan di kantin sekolah sebelum mengadakan sesi interaksi secara formal di Dewan Al Ghazali pada jam 11:00 pagi. Acara di dewan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMK Chanis dan diikuti seterusnya sesi taklimat yang dikendalikan oleh Tuan Pengetua sendiri. Dalam taklimatnya, beliau membentangkan segala maklumat berkenaan sekolah, penglibatan, pencapaian dan juga segala program-program yang dibuat oleh pihak sekolah bagi mencapai kejayaan yang disasarkan. Sesi soal jawab juga diadakan setelah pengetua menamatkan taklimatnya yang memakan masa hampir dua jam. Dalam sesi soal jawab, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dan idea dalam menangani beberapa isu dan pengalaman yang dihadapi dalam persekitaran pendidikan di sekolah-sekolah Felda. Pengetua SMK LKTP Belitong Puan Hajjah Misliah binti Muniran juga dijemput memberikan ucapan dalam majlis ini. Majlis berakhir dengan sesi lawatan ke persekitaran sekolah dan jamuan makan tengahari. |

Seramai 49 orang warga SMK LKTP Belitong datang mengadakan kunjungan ke sini. Rombongan tiba dengan menaiki kenderaan sebuah bas dan tiga buah kereta lebih kurang jam 10:30 pagi ini. Kunjungan tersebut adalah sebagai kunjungan lawatan penanda aras (benchmark) mereka ke sekolah ini setelah tertarik untuk mengetahui rahsia kejayaan sekolah ini. Sejurus sampai, mereka disambut mesra oleh semua warga guru SMK Chanis yang telah menunggu sejak awal pagi lagi yang diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Mohammad Badrudin bin Yusoff.