| Hulubalang Cemerlang |
| Written by Web Administrator |
| Wednesday, 24 February 2010 08:00 |
|
Masuk hari ketiga acara-acara akhir berlangsung, pasukan hulubalang mencatat keputusan cemerlang mendahului pasukan lain dengan menguasai separuh daripada acara yang dipertandingkan. Acara-acara yang dipertandingkan pada petang ini ialah Rejam Lembing yang dimulakan pada jam 4:00 petang dan Lari 400m dan 800m yang berlangsung pada jam 5:00 petang. Kesemua acara dijalankan di padang utama SMK Chanis. Bagi acara Rejam Lembing pasukan Hulubalang membolot tiga kejuaraan daripada empat kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Perempuan B yang diwakili oleh Intan Suriyana binti Ismail dengan lontaran sejauh 50.10m, Lelaki A Faisal bin Yusri 96.5m dan Lelaki B Mustaqim 94m. Manakala pasukan Laksamana memenangi kategori Perempuan A melalui Nurfatiehah binti Yusof 54.6m. Bagi acara Lari 400m pasukan Panglima menjuarai dua daripada empat kategori iaitu Siti Aisyah binti Ahmad bagi kategori Perempuan B dengan catatan masa 1:25.84s dan Mohd Nazri bin Nasir kategori Lelaki B 1:06.37s. Dua kategori lagi dimenangi oleh pasukan Bendahara Nurul Atiqah binti Abdul Kadir 1:27.43s kategori Perempuan A dan pasukan Hulubalang Faisal bin Yusri 1:09.75s kategori Lelaki A. Sementara itu pasukan Bendahara dan Hulubalang bersaing dalam acara Lari 800m apabila masing-masing memenangi dua daripada empat kategori yang dipertandingkan. Bendahara menjuarai kategori Perempuan A dan Lelaki A melalui pesertanya Che Wan Halimatu Zunaini 3:58.50s dan Khalitas A/L Veerasamy 2:59.87s manakala Hulubalang menguasai kategori Perempuan B dan Lelaki B melalui wakilnya Nurshuhada 3:55.63s dan Mustaqim 2:48.40s. |
Jam Dinding
| Muadzam Shah, Pahang D.M |
