Laksamana Tunjuk Taring
Written by Web Administrator   
Tuesday, 23 February 2010 08:00

Hari kedua acara pertandingan akhir sukan tahunan SMK Chanis memperlihatkan pasukan Laksamana mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi tempat pertama dalam empat daripada enam acara yang dipertandingkan. Acara-acara tersebut ialah Lontar Peluru bagi kedua-dua kategori melalui atlitnya Nur Fatiehah binti Md Yusof bagi kategori Perempuan A dengan catatan jarak 6.47m dan Navina A/P Orumugam bagi kategori Perempuan B dengan catatan 5.89m.

Ku Juizham bin Ku Mahmud pula memenangi acara Lompat Jauh bagi kategori Lelaki A dengan lompatan sejauh 4.88m. Satu lagi kemenangan dicapai dalam acara Lompat Tinggi kategori Perempuan B Nor Amirah binti Mohd Fuad dengan lompatan setinggi 1.2m.

 

Jam Dinding

Muadzam Shah, Pahang D.M