| Pelajar Wajib Sertai Sukan |
| Written by Web Administrator |
| Tuesday, 23 February 2010 21:54 |
|
Kementerian Pelajaran menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Sukan di sekolah bagi merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah. Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan media, berkata jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan dianggotai wakil yang berkepentingan dalam sukan di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu selaras dengan dasar kementerian yang ingin mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai 2011. “Semua pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri diarah mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah,” katanya. — Bernama |
