Hulubalang Bukan Calang
Written by Web Administrator   
Friday, 19 February 2010 08:00

Pasukan Hulubalang membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang pasukan dengan menyandang gelaran juara keseluruhan bagi acara merentas desa bagi tahun ini. Acara berlangsung di tapak perhimpunan Dataran Ilmu SMK Chanis pada jam 9:00 pagi ini. Acara disertai oleh semua pelajar yang dibahagikan kepada 6 kategori iaitu Perempuan A, Perempuan B, Perempuan C, Lelaki A, Lelaki B dan Lelaki C.

Pasukan Hulubalang memungut 223 mata meninggalkan pencabar terdekatnya Pasukan Bendahara di tempat kedua dengan 219 mata. Pasukan Panglima menebus kekecewaannya dalam acara sukantara tempohari menduduki tempat ketiga dengan pungutan 192 mata mengatasi pasukan Laksamana dengan hanya 139 mata.

 

Jam Dinding

Muadzam Shah, Pahang D.M