| Peluang Jadi Guru |
| Written by Web Administrator |
| Monday, 08 February 2010 16:21 |
|
Bagi pelajar yang telah tamat SPM, satu iklan untuk mengikuti Program Sarjana Muda Perguruan bagi pengambilan bulan Jun 2010 telah dikeluarkan dalam akhbar semalam. Antara syarat yang ditentukan ialah pemohon berumur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010. Program ini mengambil masa selama 5 tahun 6 bulan dan dijangka akan diposting ke sekolah-sekolah rendah. Bagi pelajar-pelajar SMK Chanis yang berminat bolehlah datang ke sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berhubung dengan Encik Mohd Ferus bin Hussain, guru kaunseling SMK Chanis. |
