| Kelas Paling Ceria |
| Written by Web Administrator |
| Monday, 08 February 2010 14:05 |
|
Pertandingan Kelas Terbersih yang dilaksanakan secara tradisi di sekolah ini masih diteruskan dan akan menjadi agenda tetap bagi memastikan kebersihan dan keceriaan setiap kelas sentiasa dijaga. Pada perhimpunan pagi ini tiga kelas diumumkan sebagai kelas terbersih yang dinilai pada minggu lepas. Kelas-kelas tersebut ialah kelas 5 Kristal yang menduduki tempat ketiga, 2 Nilam tempat kedua, dan Johan Kelas Terbersih bagi minggu ini disandang oleh kelas 4IT dengan markah yang diperolehi 86.7 peratus. Pengumuman dibuat oleh Encik Mazlan bin Musa, guru Jawatankuasa Keceriaan Kelas pada perhimpunan pagi ini. Di samping kebersihan, setiap kelas perlu juga memastikan keceriaan dititikberatkan agar semua pelajar yang menghuni kelas tersebut akan merasai suasana pembelajaran yang ceria dan selesa. Antara unsur-unsur keceriaan yang asas adalah seperti langsir tingkap, alas meja pelajar dan guru, hiasan dinding seperti gambar, bunga atau apa saja bahan-bahan yang menarik untuk dijadikan perhiasan. Selain itu ruangan papan kenyataan di bahagian belakang perlu juga diisi dengan info-info yang berguna yang ada kaitan dengan subjek yang diajar di sekolah atau info-info yang berbentuk umum bagi menyampaikan isu-isu semasa, rencana atau artikel-artikel yang bersifat pengetahuan am. |
