| Salah Guna Teknologi |
| Written by Web Administrator |
| Sunday, 07 February 2010 11:40 |
|
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata masalah kafe siber disalah guna boleh diatasi dengan berkesan melalui tindakan penguatkuasaan secara bersepadu membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis. "Kecenderungan beberapa pengusaha kafe siber enggan mematuhi peraturan perniagaan ditetapkan seperti beroperasi di luar waktu dibenarkan antara kesalahan sering dilakukan mereka," katanya. Berdasar kepada laporan, ketiadaan garis panduan yang jelas dikenalpasti menjadi satu daripada punca kafe siber disalah guna menjadi lokasi tumpuan pelajar ponteng sekolah kerana tindakan tidak dapat diambil terhadap pengusaha kafe siber terbabit. |
