Laman Rasmi SMK Chanis
Selamat kembali bertugas cikgu Juliana
Written by Web Administrator   
Tuesday, 18 May 2010 15:56

100517_117Selamat kembali bertugas diucapkan kepada cikgu Puan Juliana binti Mamat yang tamat cuti bersalinnya pada hari ini. Beliau telah selamat melahirkan anak perempuan sulungnya pada 17 Mac 2010 yang lalu dan menjalani cuti bersalin selama 60 hari. Anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan Encik Abdul Haffiz bin Zakaria itu diberi nama Husna Nur Humairaa binti Abdul Hafizz. Ketika ditemui, beliau melahirkan rasa rindunya kepada sekolah dan sangat teruja untuk kembali melaksanakan tugas yang ditinggalkannya. Kekosongannya sebelum ini diganti oleh seorang GSTT.

selanjutnya...
 
Sambutan hari guru
Written by Web Administrator   
Tuesday, 18 May 2010 14:16

100517_116Pada jam 10:00 pagi, semua guru berkumpul di tapak perhimpunan Dataran Ilmu sebelum upacara perarakan menuju ke Dewan Al-Ghazali dimulakan. Sekumpulan pelajar memalu kompang sambil mengalunkan irama selawat mengiringi perarakan. Sebaik sampai di pintu masuk dewan, satu demonstrasi silat dipertontonkan sebelum semua guru masuk dan diraikan oleh semua pelajar yang sudah mula menunggu di dalam dewan. Sejurus melangkah ke dewan, suara sorakan riuh rendah dan tepukan bergema meraikan perarakan masuk semua guru menuju ke pentas utama bagi memulakan upacara.

selanjutnya...
 
Kunjungan ke rumah cikgu Anwar
Written by Web Administrator   
Thursday, 13 May 2010 10:22

100513_114Setelah berbincang apa aktiviti yang nak dilakukan pada hari ini, pihak pengurusan bersetuju membawa kontinjen bola baling mengadakan lawatan muhibah ke rumah cikgu Anwar bin Ramli, mantan guru SMK Chanis yang kini pulang berkhidmat di kampung halamannya di Kuala Mai, kira-kira 20km dari bandar Jerantut. Lawatan ini adalah sebagai memenuhi jadual aktiviti hari ini yang kosong berikutan pasukan ini tidak lagi terlibat dengan perlawanan seterusnya pada hari ini setelah gagal ke peringkat separuh akhir dan berpuas hati di tempat ketiga dalam peringkat kumpulan semalam.

selanjutnya...
 
Gotong royong perdana
Written by Web Administrator   
Saturday, 15 May 2010 10:55

100515_115Semua pihak iaitu guru, kakitangan sokongan, pekerja sekolah, pelajar serta ibu bapa dan penjaga pelajar terlibat secara langsung dalam program Gotong Royong Perdana yang diadakan pada hari ini sempena hari guru yang akan disambut esok. Program bermula pada jam 8:30 pagi dengan taklimat disampaikan oleh Encik Azman bin Yusoff, GPK HEM. Bagi memudahkan kerja-kerja gotong royong ini dijalankan, semua guru telah dibahagikan tugas mengikut kawasan dan kumpulan pelajar dan dibantu oleh kakitangan sokongan dan pekerja sekolah serta ibu bapa dan penjaga pelajar.

selanjutnya...
 
Syabas team Rompin
Written by Web Administrator   
Wednesday, 12 May 2010 09:18

100512_113Pasukan Rompin yang mengalami dua kekalahan berturut-turut semalam, menunjukkan kehebatan mereka pada hari ini apabila berjaya mengikat pasukan Jerantut dengan keputusan seri 3-3. Walaupun masih fobia dengan kekalahan dan dilanda krisis keyakinan diri, mereka bermain lebih baik daripada semalam dan bermain dengan bersungguh-sungguh serta penuh semangat. Permainan berlangsung pada jam 2:30 petang di Dewan SJK(C) Sungai Jan, Jerantut. Ini adalah perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan sebagai melengkapkan jadual perlawanan peringkat kumpulan.

selanjutnya...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 2 of 11

Login Form



Jam Dinding

Muadzam Shah, Pahang D.M

Who's Online

We have 2 guests online

Pendapat Anda

Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Siapa yang harus dipersalahkan?