Laman Rasmi SMK Chanis
Cikgu Fatimah kembali bertugas
Written by Web Administrator   
Friday, 30 April 2010 21:48

Selamat kembali bertugas diucapkan kepada cikgu Puan Fatimah binti Abdul Hamid yang selesai cuti bersalin. Beliau mula cuti bersalin setelah melahirkan seorang anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan Encik Mahad Akmal bin Abdul Hadi. Anak sulung mereka diberi nama Sajwa binti Mahad Akmal. Ketika ditemui, beliau kelihatan ceria dan berasa bahagia dengan kehadiran seorang anak dalam hidupnya. Tambahnya lagi, sebelum ini beliau hanya berdua dengan suami tetapi kini beliau terpaksa membahagikan masa untuk suami dan juga anak yang dilahirkan.

selanjutnya..
 
Bola jaring kedua terbaik
Written by Web Administrator   
Monday, 26 April 2010 12:11

100426_106Pasukan bola jaring bagi Kategori Bawah 15 tahun telah berjaya meraih gelaran naib juara dalam Pertandingan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Daerah Rompin. Walau bagaimanapun pasukan bawah 18 tahun hanya mampu mencatat kemenangan tempat keempat. Kesemua pelajar yang mewakili pasukan bola jaring menerima pingat kemenangan masing-masing pada perhimpunan mingguan sekolah pagi ini. Pingat-pingat disampaikan oleh Tuan Pengetua. Beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berusaha menyumbangkan tenaga menaikkan nama sekolah.

selanjutnya...
 
Pemantauan Sekolah Lestari
Written by Web Administrator   
Monday, 26 April 2010 18:23

100426_103Pasukan panel penilai Pertandingan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar tiba membuat lawatan bagi pemantauan di sekolah ini pada pagi ini. SMK Chanis adalah salah satu daripada tiga buah sekolah yang mendapat pencalonan menyertai pertandingan tersebut bagi tahun 2010 untuk mewakili negeri Pahang pada pertandingan peringkat kebangsaan. Pasukan pemantau ini terdiri daripada Encik Sairul Fauzi Sharif dari Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Encik Ramli Ali dari Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP).

selanjutnya...
 
Team badminton hampir juara
Written by Web Administrator   
Monday, 26 April 2010 11:43

100426_105Pasukan badminton tidak kurang hebatnya apabila berjaya memasuki peringkat akhir bagi Kategori Beregu Lelaki Bawah 18 dan Kategori Perseorangan Perempuan Bawah 15. Walau bagaimanapun kesemua pemain yang mewakili kedua-dua kategori tersebut tewas dan berpuas hati dengan gelaran naib juara dalam Pertandingan Badminton Sekolah-Sekolah Daerah Rompin yang berlangsung di Dewan Awam Muadzam Shah dan SMK Agama Pahang pada 22 April yang lalu. Kesemua pemain menerima pingat masing-masing pada perhimpunan mingguan sekolah pagi ini.

selanjutnya...
 
Skuad bola tampar berentap
Written by Web Administrator   
Thursday, 22 April 2010 01:16

voleyballSMK Chanis menghantar dua pasukan bola tampar iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan bagi menyertai Pertandingan Bola Tampar Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Rompin yang berlangsung di SMK Muadzam Shah, Pahang. Pasukan lelaki yang dibimbing oleh cikgu Azian@Saifudin memulakan kempen dengan mencatat kemenangan ke atas SMK Rompin dengan tiga set 25-21, 17-25 dan 25-16 sebelum tewas kepada SMK Agama Pahang dengan dua set 19-25 dan 22-25.

selanjutnya...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 4 of 11

Login Form



Jam Dinding

Muadzam Shah, Pahang D.M

Who's Online

We have 1 guest online

Pendapat Anda

Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Siapa yang harus dipersalahkan?