|
Team Rompin hadapi laluan getir |
|
Written by Web Administrator
|
|
Tuesday, 11 May 2010 19:21 |
|
Pasukan bola baling perempuan SMK Chanis yang mewakili pasukan Rompin dalam pertandingan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Negeri Pahang, melalui ujian hari pertama kejohanan dengan mencatat dua kekalahan yang dilangsungkan hari ini. Pertandingan berlangsung di Dewan SJK(C) Sungai Jan, dalam bandar Jerantut, Pahang. Kekalahan yang pertama dicatatkan pada perlawanan pertama menentang pasukan Temerloh dengan jaringan 2-13 dalam satu perlawanan berat sebelah yang menyaksikan pasukan Temerloh menguasai keseluruhan permainan.
|
|
selanjutnya...
|
|
|
Kejohanan bola baling MSSP |
|
Written by Web Administrator
|
|
Monday, 10 May 2010 17:32 |
|
SMK Chanis melakar sejarah yang tersendiri apabila menghantar team bola baling perempuannya sebagai wakil pasukan bola baling perempuan daerah Rompin bagi memenuhi penyertaan dalam Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Dan 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Pahang. Kejohanan bermula dari 10 hingga 14 Mei 2010 bertempat di daerah Jerantut, Pahang. Pasukan yang dianggotai oleh 12 orang pelajar ini bertolak ke Jerantut pada pagi ini kira-kira jam 11:00 pagi dengan menaiki tiga buah kenderaan guru bersama empat orang guru dan seorang jurulatih.
|
|
selanjutnya...
|
|
Written by Web Administrator
|
|
Saturday, 08 May 2010 23:08 |
|
Panitia ICT mengadakan Seminar ICT SPM bagi calon-calon yang bakal menduduki mata pelajaran elektif tersebut dalam peperiksaan SPM hujung tahun ini. Program ini merupakan salah satu program tahunan yang wajib dalam takwim aktiviti tahunan panitia. Menurut ketua panitia, Encik Nik Hishamuddin bin Yaakob, objektif seminar ini diadakan adalah sebagai refreshment terhadap format soalan peperiksaan sebenar SPM di samping memberikan panduan dan tips kepada calon kaedah dan teknik memberikan jawapan dengan betul serta memenuhi kehendak soalan yang dikemukakan.
|
|
selanjutnya...
|
|
|
Written by Web Administrator
|
|
Monday, 10 May 2010 01:25 |
|
Desas desus dan khabar angin yang bertiup kencang yang meninggalkan tanda tanya tentang kedudukan guru kaunseling akhirnya terjawab apabila beliau disahkan berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Rompin sebagai Guru Kaunseling Daerah. Encik Mohd Ferus bin Hussin, satu-satunya guru kaunseling yang ada di sekolah ini akan memikul tanggung jawab tugas yang baru itu berkuatkuasa mulai 1 Mei 2010. Dengan perpindahan ini, SMK Chanis kehilangan khidmat dan tenaga guru kaunseling setelah dua kekosongan sebelum ini diisi oleh cikgu Mohd Ferus.
|
|
selanjutnya...
|
|
Written by Web Administrator
|
|
Thursday, 06 May 2010 22:24 |
|
Pembantu Am Rendah N1, Puan Rahil binti Abdul Samad berjaya mendapat kelulusan bagi permohonan pertukarannya. Beliau akan bertugas di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Muadzam Shah kira-kira 30 kilometer dari sini. Ketika ditanya, beliau berasa gembira dan bersyukur apabila mendapat berita permohonannya untuk bertukar ke Muadzam Shah diterima kerana suaminya bekerja di bandar tersebut malah kedua orang tuanya juga menetap di sana. Beliau juga terpaksa menjaga anaknya yang masih kecil berumur dalam lingkungan dua tahun.
|
|
selanjutnya...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 3 of 11 |