Laman Utama
Welcome to the Frontpage
STF Dihentikan PDF Print E-mail
Written by web administrator   
Monday, 08 February 2010 08:44

"Tahun ini Skim Tuisyen Felda (STF) tiada," demikian kata Pengetua semasa berucap pada perhimpunan mingguan pagi di Dewan Al Ghazali pada pagi ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab mengapa ia dihentikan dan menyatakan bahawa itu adalah keputusan pihak Felda. Namun begitu, perkara tersebut bukanlah menjadi penghalang bagi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Sebelum STF diperkenalkan lagi, pihak sekolah mempunyai program-program khas yang tersendiri bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah ini mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu beliau juga mengumumkan kelas tambahan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 akan bermula selepas cuti Tahun Baru Cina. Para pelajar juga dikehendaki memiliki buku kerja yang akan digunakan untuk latihan bagi kelas tambahan tersebut. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan membuat perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga pelajar bagi memaklumkan perkara itu.

Kelas Intensif bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 4 pula akan dilaksanakan, juga dengan kerjasama daripada pihak PIBG bagi memastikan golongan pelajar ini tidak tercicir dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang penting pada tahun berikutnya. Kelas ini dijangka akan dikenakan bayaran yang akan ditentukan kadarnya kemudian.

Pengetua juga mengarahkan kepada guru membuat laporan prestasi pelajar selepas ujian bulan Mac dan akan membuat perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga pelajar bagi membincangkan prestasi pelajaran anak masing-masing berdadsarkan ujian yang mereka jalani. Beliau juga mengarahkan para pelajar membuat persediaan bagi menghadapi ujian bulan Mac yang akan bermula tidak lama lagi.

Last Updated on Monday, 08 February 2010 14:47
 
Peluang Jadi Guru PDF Print E-mail
Written by web administrator   
Monday, 08 February 2010 08:21

Bagi pelajar yang telah tamat SPM, satu iklan untuk mengikuti Program Sarjana Muda Perguruan bagi pengambilan bulan Jun 2010 telah dikeluarkan dalam akhbar semalam. Antara syarat yang ditentukan ialah pemohon berumur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010. Program ini mengambil masa selama 5 tahun 6 bulan dan dijangka akan diposting ke sekolah-sekolah rendah.

Bagi pelajar-pelajar SMK Chanis yang berminat bolehlah datang ke sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berhubung dengan Encik Mohd Ferus bin Hussain, guru kaunseling SMK Chanis.

Last Updated on Monday, 08 February 2010 08:39
 
Salah Guna Teknologi PDF Print E-mail
Written by web administrator   
Sunday, 07 February 2010 03:40

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata masalah kafe siber disalah guna boleh diatasi dengan berkesan melalui tindakan penguatkuasaan secara bersepadu membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis.

"Kecenderungan beberapa pengusaha kafe siber enggan mematuhi peraturan perniagaan ditetapkan seperti beroperasi di luar waktu dibenarkan antara kesalahan sering dilakukan mereka," katanya.

Berdasar kepada laporan, ketiadaan garis panduan yang jelas dikenalpasti menjadi satu daripada punca kafe siber disalah guna menjadi lokasi tumpuan pelajar ponteng sekolah kerana tindakan tidak dapat  diambil terhadap pengusaha kafe siber terbabit.

Last Updated on Sunday, 07 February 2010 03:49
 
Kelas Paling Ceria PDF Print E-mail
Written by web administrator   
Monday, 08 February 2010 06:05

Pertandingan Kelas Terbersih yang dilaksanakan secara tradisi di sekolah ini masih diteruskan dan akan menjadi agenda tetap bagi memastikan kebersihan dan keceriaan setiap kelas sentiasa dijaga. Pada perhimpunan pagi ini tiga kelas diumumkan sebagai kelas terbersih yang dinilai pada minggu lepas. Kelas-kelas tersebut ialah kelas 5 Kristal yang menduduki tempat ketiga, 2 Nilam tempat kedua, dan Johan Kelas Terbersih bagi minggu ini disandang oleh kelas 4IT dengan markah yang diperolehi 86.7 peratus. Pengumuman dibuat oleh Encik Mazlan bin Musa, guru Jawatankuasa Keceriaan Kelas.

Di samping kebersihan, setiap kelas perlu juga memastikan keceriaan dititikberatkan agar semua pelajar yang menghuni kelas tersebut akan merasai suasana pembelajaran yang ceria dan selesa. Antara unsur-unsur keceriaan yang asas adalah seperti langsir tingkap, alas meja pelajar dan guru, hiasan dinding seperti gambar, bunga atau apa saja bahan-bahan yang menarik untuk dijadikan perhiasan.

Selain itu ruangan papan kenyataan di bahagian belakang perlu juga diisi dengan info-info yang berguna yang ada kaitan dengan subjek yang diajar di sekolah atau info-info yang berbentuk umum bagi menyampaikan isu-isu semasa, rencana atau artikel-artikel yang bersifat pengetahuan am.

Last Updated on Monday, 08 February 2010 06:26
 
Penampilan Baru PDF Print E-mail
Written by web administrator   
Saturday, 06 February 2010 02:58

Pihak kami sedang berusaha untuk membangunkan semula laman web ini bagi memberikan segala info berkenaan dengan SMK Chanis untuk maklumat umum terutama sekali untuk tatapan dan rujukan warga sekolah ini. Pembangunan laman ini masih dalam peringkat awal dan kerja-kerja penyelenggaraan masih dalam proses pelaksanaa. Sehubungan dengan itu segala isi kandungan web ini masih belum sempurna dan banyak kekurangan. Pihak kami memerlukan tempoh masa yang agak panjang bagi memastikan persembahan dan kandungan laman web ini memenuhi tahap piawaian kami. Segala kesulitan kami amat kesali dan kami memohon maaf.

Last Updated on Saturday, 06 February 2010 14:41