Laman Rasmi SMK Chanis
Kursus Pengurusan Jenazah
Written by Siti Norjinah Mariyam binti Mohd Johaini   
Saturday, 16 July 2011 10:57

Kursus_Jenazah_2011Peperiksaan PMR semakin dekat. Bukan saja pelajar, bahkan guru turut merasa debarannya. Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bina Insan mengadakan program Kursus Pengurusan Jenazah khusus bagi para pelajar tingkatan 3 yang menjadi calon PMR bagi tahun ini. Sebagai makluman, kemahiran menguruskan jenazah adalah sebahagian daripada kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam bagi tingkatan 3. Program berlangsung di Dewan Al Ghazali bermula jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 3:00 petang. Penceramah yang dijemput bagi menjayakan program ini ialah Ustaz Ramly bin Yusof.

...Laporan Penuh
 
Sukan olahraga bermula
Written by Web Administrator   
Tuesday, 22 February 2011 00:00

Para pemenang menerima pingatBahang temasya Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan kali ke-11 mula terasa apabila ianya bermula semalam dan akan berakhir pada hari kemuncaknya yang akan diadakan pada 24 Februari, Khamis ini. Pada pagi ini diadakan upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang yang berjaya dalam acara yang dipertandingkan bermula pada jam 4:00 petang semalam. Acara yang telah dilangsungkan ialah lontar peluru untuk kategori Lelaki A dan B, lompat jauh Perempuan A dan B, lompat tinggi Lelaki A dan B dan rejam lembing Perempuan A dan B.

...laporan penuh
 
Pengawas diberi watikah
Written by Web Administrator   
Friday, 28 January 2011 00:00

Pemeriksaan barisan oleh tetamu jemputanSeramai 60 orang pelajar yang dilantik sebagai pengawas diberi tauliah dalam satu upacara rasmi Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas yang dilangsungkan di Dewan Al Ghazali pada hari ini. Majlis bermula pada jam 8:30 pagi yang dihadiri oleh semua guru dan pelajar. Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin Insp. Abdul Khalid Mustafa telah dijemput bagi menyempurnakan upacara ini. Beliau tiba pada jam 8:40 pagi disambut oleh Tuan Pengetua, Puan Rahamah binti Said diiringi oleh GPK HEM, Tuan Haji Azman bin Yusof dan Guru Pengawas Encik Mohd Zulhaizak bin Abdul Aziz.

,,,laporan penuh
 
Laksamana mendahului
Written by Web Administrator   
Sunday, 20 February 2011 00:00

Antara acara lari 100 meter yang dipertandingkan.Pasukan rumah Laksamana mendahului pasukan rumah yang lain dalam pemburuan mata bagi menjuarai Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan kali ke-11 yang akan berlangsung pada 24 Februari nanti. Kejayaan tersebut diperolehi daripada acara sukantara yang berlangsung semalam yang menyumbangkan 573 mata mendahului tiga pasukan rumah yang lain iaitu rumah Panglima yang menduduki tangga kedua dengan 555 mata, diikuti rumah Bendahara dengan 548 mata untuk tempat ketiga dan Hulubalang terpaksa berputih mata di tempat tercorot dengan 532 mata.

...laporan penuh
 
Bendahara juara keseluruhan Merentas Desa
Written by Web Administrator   
Saturday, 22 January 2011 00:00

Juara sedang menerima piala kemenanganKejohanan Merentas Desa pada tahun ini menyaksikan kehebatan pasukan Bendahara menjadi juara keseluruhan mengalahkan tiga pasukan rumah lain yang bertanding. Kemenangan yang berpihak kepada pasukan Bendahara itu dikira berdasarkan pungutan mata terbanyak yang dikumpul daripada kedudukan para peserta.

...papar sepenuhnya
 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Page 1 of 3

Login Form



Jam Dinding

Muadzam Shah, Pahang D.M

Who's Online

We have 1 guest online

Pendapat Anda

Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Siapa yang harus dipersalahkan?
 

Foto Pilihan

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Sembang

Latest Message: 10 months, 1 week ago
  • [leleremia] : leleremia981 mazda 3 spoiler
  • [webmaster] : salam.
  • [guest_1033] : test
  • Risp : Welcome to the shoutbox

Guests are shown between [].

Only registered users are allowed to post